top of page

Wanita KEADILAN Kemaman santuni mangsa kebakaran

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 9, 2023
1 min read


Wanita KEADILAN Kemaman baru baru ini menyantuni mangsa kebakaran warung di tepi Sungai Kemaman berhampiran Pusat Perindustrian Jakar 2.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, Wanita KEADILAN juga menghulurkan sedikit sumbangan bagi pihak Ketua Cabang buat meringankan beban mangsa kebakaran.


"AJK Wanita cabang Kemaman menghulurkan sedikit wang sumbangan Ketua Cabang kepada mangsa untuk meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung mangsa," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, ujar beliau, pihak KEADILAN Kemaman menyantuni petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian kepala air di Air Putih, Kemaman.


"Pihak cabang yang diwakili oleh Zainudin Ibrahim telah menghulurkan sumbangan berupa air mineral dan juga makanan kepada petugas SAR.


"Pihak KEADILAN Kemaman mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kepala air dan berdoa agar roh mangsa dicucuri rahmat," katanya.


Menurut Ahmad lagi, aktiviti di bawah program santunan akar umbi KEADILAN Kemaman akan terus dirancakkan bagi mengukuhkan imej parti terus berpengaruh khususnya di daerah Kemaman dan di negeri Terengganu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page