top of page

Wanita KEADILAN Kemaman anjur program Kembali Ke Sekolah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 3, 2024
  • 1 min read

ree

Wanita KEADILAN Kemaman dengan kersama KEADILAN Kemaman baru baru ini menganjurkan program Kembali Ke Sekolah sempena sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.


Menurut kenyataan Wanita KEADILAN Kemaman, program tersebut diadakan di Bandar Baru Bukit Mentok Kemaman dan telah dirasmikan oleh Puan Armila Yusoff selaku Ketua Wanita KEADILAN Terengganu bersama Ketua Wanita KEADILAN Kemaman Puan Akhirah Khairani.


"Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia telah sudi hadir untuk membuka kaunter pendaftaran PADU bagi memudahkan masyarakat setempat untuk mendaftar maklumat dalam sistem PADU


"Pihak KEADILAN Kemaman juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Wanita KEADILAN negeri, Wanita KEADILAN Cabang, Jabatan Perangkaan Malaysia dan juga Puan Suraya yang juga Naib Ketua Wanita Cabang yang sudi menawarkan lokasi kedai makan beliau untuk menjadi lokasi program pada kali ini," kata kenyataan itu.


Turut hadir adalah Ketua Cabang KEADILAN Kemaman Hj Nazri serta barisan AJK wanita dan cabang serta ahli-ahli KEADILAN Kemaman.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page