top of page

Wanita KEADILAN kekal berjuang bersama Datuk Seri Anwar




Pemecatan atau pengunduran pemimpin Wanita KEADILAN tidak pernah melunturkan semangat juang pemimpin dan ahli-ahli yang setia dengan agenda Reformasi.


Exco Wanita KEADILAN Monalisa Mokhtar berkata, pergerakan tidak akan melemah tetapi akan terus berjuang bersama presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, biar pun terdapat tulisan yang mempertikaikan keupayaan Wanita KEADILAN selepas kehilangan Zuraida Kamarudin, penggantungan Ketua Wanita Haniza Talha dan Dr Daroyah Alwi.


"Saya ingin menjawab penulisan yang mengatakan kononnya wanita KEADILAN akan karam tanpa Zuraida, Haniza dan Dr Daroyah sebagai tidak benar.


"Wanita dan AMK adalah sayap kepada KEADILAN dan berjuang dalam satu pasukan, bukannya parti dalam parti seperti (amalan) geng kartel


"(Oleh itu) pemimpin wanita ada yang dipecat atau digantung disebabkan kesalahan mereka. Lembaga Disiplin bertindak tepat dengan tidak membiarkan musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. (Lebih tepat) semua yang terjadi ini adalah angkara Zuraida dan Azmin sebagai dalang penyebab kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang (dan berlakunya krisis dalaman parti)," kata Monalisa dalam satu kenyataan di Facebook.



Menurut Mona, tindakan memecat Zuraida dan menggantungkan jawatan sebahagian anggota yang lain merupakan tindakan bijak.


Katanya, KEADILAN tidak rugi kehilangan pemimpin yang tidak sehaluan dengan presiden parti. Sebaliknya, rakyat akan menghukum mereka yang melompat bersama Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Manakala bagi ahli dan pimpinan Wanita KEADILAN, menurutnya, satu permulaan baharu perlu digerakkan bagi memantapkan jentera menuju PRU 15.


"KEADILAN tetap maju ke hadapan. Pemimpin yang pergi pasti ada penggantinya. Hal ini lumrah dalam mana-mana parti politik. Wanita KEADILAN tetap bersemangat meneruskan perjuangan dari rakyat untuk rakyat.


"Bukannya diumpan dengan projek oleh geng kartel. Apabila pengkhianat berada di luar parti maka memudahkan kami menyusun barisan baharu untuk mengambil alih pimpinan demi menyokong perjuangan Reformasi yang diasaskan oleh Datuk Seri Anwar," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page