top of page

Wanita KEADILAN kecam salahguna media sosial sasar kanak-kanak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 12
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN menyatakan pendirian tegas bahawa kanak-kanak mesti dilindungi sepenuhnya daripada jenayah pengantunan dan gangguan seksual yang semakin berleluasa, khususnya melalui platform media sosial.


Dalam kenyataan media, Wanita KEADILAN mengecam keras kewujudan satu halaman media sosial yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.


"Jenayah pengantunan terhadap kanak-kanak adalah satu ancaman serius yang tidak boleh dikompromi.


"Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu bertindak tegas dan segera bagi menghentikan penyalahgunaan media sosial sebagai alat jenayah seksual terhadap golongan ini," kata kenyataan tersebut.


Wanita KEADILAN turut menegaskan bahawa keselamatan digital wajar menjadi agenda utama dalam usaha perlindungan kanak-kanak masa kini.


Justeru pihaknya menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan pelaksanaan siri advokasi dan program literasi perlindungan kanak-kanak di peringkat komuniti, sebagai langkah berterusan meningkatkan kesedaran awam terhadap isu gangguan seksual dan keselamatan alam maya.


"Perlindungan kanak-kanak bukan hanya tanggungjawab undang-undang, tetapi juga amanah sosial yang harus digalas bersama oleh seluruh lapisan masyarakat.


"Orang ramai turut diseru agar memainkan peranan proaktif dengan melaporkan sebarang elemen mencurigakan atau kandungan jelik di media sosial yang mengancam maruah dan keselamatan anak-anak," tambah kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page