top of page

Wanita KEADILAN kecam perbuatan khianat terhadap ADUN Perlis



Oleh: Abdullah Zaid


Wanita KEADILAN Pusat mengecam perbuatan khianat terhadap ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling susulan insiden baling batu membabitkan kenderaan beliau baru-baru ini.


Setiausaha Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean berkata, tindakan khianat itu perlu ditolak rakyat memandangkan wakil rakyat yang dipilih adalah melalui proses pilihanraya.


"Saya memandang serius mengenai kes ini kerana keselamatan seorang wakil rakyat terancam walaupun YB Gan tidak mengalami kecederaan fizikal dalam insiden ini.

"Ancaman keganasan terhadap seseorang wakil rakyat tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan ini akan merencat kebebasan wakil rakyat bersuara dan menghalang mereka menjalankan amanah demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Malah, kata beliau, sekiranya insiden itu tidak diambil serius, dibimbangi akan memberi persepsi bahawa perbuatan khianat itu membenarkan budaya keganasan terhadap kerajaan.

"Pihak polis perlu menyiasat perkara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang paling berat agar orang ramai sedar bahawa ancaman dan serangan sebegini tidak akan dikompromi oleh pihak berkuasa," ujarnya.


Semalam, seorang mekanik motosikal lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecah cermin hadapan kereta Nissan Grand Livina milik ADUN Indera Kayangan di kediamannya.


Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop memaklumkan siasatan awal terhadap individu berkenaan mendapati suspek suka menganggu kepada pengadu melalui panggilan telefon dan mesej WhatsApp.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page