top of page

Wanita KEADILAN Johor mahu Ker Chean tanding Naib Wanita, MPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 8
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Wanita KEADILAN Johor hari ini tampil menzahirkan sokongan terhadap pencalonan Loh Ker Chean (gambar) sebagai Naib Ketua Wanita KEADILAN dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti kali ini.


Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan, katanya mereka menjadi saksi melihat bagaimana aturan gerak kerja yang dikendalikan Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat itu.


''Beliau (Ker Chean) bukan sekadar berasaskan semangat, tetapi didasari oleh disiplin dan kesungguhan.


''Kesungguhannya jelas membuktikan beliau adalah pasak yang utuh buat KEADILAN.


''Ianya bukanlah tuntutan kedudukan, tetapi lanjutan kepada amanah yang telah lama dipikulnya,'' kata mereka.


Kenyataan bersama itu turut disokong oleh Ketua Wanita Cabang Mersing, Noor Fatimah Yusoff; Ketua Wanita Cabang Pontian, Nadiah Rosli; Ketua Wanita Cabang Pasir Gudang; Noraziah Mohd Razit, Ketua Wanita Cabang Labis; N Sreedevi; Ketua Wanita Cabang Sekijang, Siti Norlila Abdullah; Ketua Wanita Cabang Tenggara, Nursyahzan Maizal; Ketua Wanita Cabang Ayer Hitam, Masliah Ahmad Shah dan Ketua Wanita Cabang Pulai, Loh Siew Wei.


Turut menyatakan sokongan ialah Ketua Wanita Cabang Sembrong, Norliza Hashim; Ketua Wanita Cabang Johor Bahru, Siti Nor Aishah Suratnu; Ketua Wanita Cabang Batu Pahat, Anita Ahmad; Ketua Wanita Cabang Kulai, Nuruh Farah Ain Jayus; Ketua Wanita Cabang Iskandar Puteri, N Sakunthla; Ketua Wanita Cabang Tanjong Piai, Marlianah Ismail dan Ketua Wanita Cabang Kluang, Teh Ben Siang.


Ujar mereka lagi, pengalaman Ker Chean sebagai Setiausaha Wanita Pusat membentuk kefahaman mendalam terhadap denyut nadi organisasi.


Kata mereka, bermula daripada jawatan berkenaan, beliau membawa satu visi besar iaitu memperkasakan sayap wanita dan seluruh parti secara mendalam.


''Tekadnya terbukti bahawa beliau adalah pemacu kepada perubahan. Beliau bukan sekadar seorang pentadbir yang cermat, malah merupakan jurubicara senyap yang menyusun strategi, memperkemas organisasi dan membina jambatan antara akar umbi dan pimpinan pusat.


''Usaha gigih beliau mewujudkan dasar pendigitalan dan melaksanakan Inisiatif ASAK (Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan) sistem pengurusan dan pemantauan gerak kerja sayap wanita juga bukan sekadar satu pencapaian pentadbiran.


''Tetapi ia merupakan petunjuk aras bahawa Ker Chean memiliki keupayaan luar biasa untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar,'' kata mereka lagi.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page