top of page

Wanita KEADILAN jadi penghubung eratkan semangat kebersamaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Pasir Gudang dalam program sambutan medeka anjuran Persatuan Anak Dayak Malaysia
Wanita KEADILAN Pasir Gudang dalam program sambutan medeka anjuran Persatuan Anak Dayak Malaysia

Wanita KEADILAN terus memainkan peranan sosial sebagai penghubung bagi memupuk semangat muhibbah dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.


Ketua Wanita KEADILAN Pasir Gudang, Noraziah Razit berkata pihaknya sentiasa menyokong usaha untuk mengeratkan kebersamaan masyarakat seiring dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingan mengukuhkan perpaduan sebagai teras kekuatan negara.


"Alhamdulillah, saya hadir meraikan Program Sambutan Kemerdekaan anjuran Persatuan Anak Dayak Malaysia dipengerusikan Saudari Ina Gundi yang juga Naib Ketua Wanita II KEADILAN Cabang Pasir Gudang.


"Acara berlangsung meriah dengan sukaneka kanak-kanak, kuiz merdeka, pertandingan pakaian tercantik kanak-kanak serta jualan makanan dan minuman yang menambahkan seri suasana kemerdekaan," kata Exco Wanita KEADILAN Pusat itu dalam satu hantaran di Facebook.


Beliau menambah, penglibatan aktif Wanita KEADILAN dalam program kemasyarakatan membuktikan sayap wanita parti itu sentiasa dekat dengan rakyat.


Selain itu menjadi jambatan memperkukuh lagi semangat muhibah yang menjadi tunjang keharmonian negara.


"Syukur atas semangat kebersamaan yang ditunjukkan, inilah wajah sebenar Malaysia – bersatu dalam kepelbagaian, diraikan dengan penuh kasih dan semangat patriotik," ujarnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page