top of page

Wanita KEADILAN Indera Mahkota semarakkan jiwa merdeka di Kuantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 25
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Indera Mahkota menganjurkan program Semarak Merdeka 2025 di Kuantan
Wanita KEADILAN Indera Mahkota menganjurkan program Semarak Merdeka 2025 di Kuantan

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN terus mewarnai sambutan Bulan Kebangsaan dengan menganjurkan pelbagai program bertujuan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.


Hujung minggu lalu, Wanita KEADILAN Indera Mahkota menganjurkan program Semarak Merdeka 2025 bertempat di Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota, Kuantan dengan pengisian menarik disediakan sepanjang program.


Program yang menghimpunkan masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat usia itu berlangsung dalam suasana penuh kebersamaan.


"Antara pengisian menarik sepanjang program ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan fesyen cilik merdeka, nyanyian lagu-lagu patriotik, solidariti Gaza dengan bacaan Qunut Nazilah.


"Turut berlangsung ialah persembahan buskers serta gerai jualan hasil tani yang memberi peluang kepada lima usahawan wanita tempatan memasarkan produk mereka.

"Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah menjadi jambatan penyatuan masyarakat setempat yang berbilang kaum dan generasi," kata Wanita KEADILAN Indera Mahkota dalam kenyataan.


Acara dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang, yang juga Naib Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota.


Turut hadir memberikan sokongan ialah Puan Zayana, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) Wanita KEADILAN Pusat Farahida Fauzi serta pemimpin setempat.


Lebih menarik, program ditutup dengan aktiviti mengutip sampah yang melibatkan semua hadirin sebagai satu inisiatif simbolik bagi memupuk nilai cinta terhadap bumi dan menjaga kebersihan. Manakala peserta yang berjaya mengutip sampah paling banyak menerima hadiah istimewa


"Sebagai penganjuran sulung, Wanita KEADILAN Indera Mahkota komited untuk terus memperkukuh peranan wanita, mendekati masyarakat serta menyumbang kepada pembinaan Malaysia Madani yang sejahtera.


"Setinggi penghargaan diberikan kepada seluruh anggota bertungkus-lumus menjayakan program ini dan semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa kita semua," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page