Wanita KEADILAN Indera Mahkota anjur program santuni komuniti
- Suara Keadilan

- Jul 21
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
KEADILAN Indera Mahkota terus memperkukuh komitmen dalam menyantuni masyarakat, khususnya golongan wanita dan keluarga yang memerlukan menerusi program kebajikan.
Pada Sabtu, satu program Sentuhan Kasih Wanita MADANI telah dianjurkan di Bandar Damansara, Kuantan dengan matlamat untuk merapatkan ukhuwah, menyemai nilai kasih sayang serta memperkukuh solidariti dalam kalangan komuniti setempat.
Majlis anjuran bersama Wanita KEADILAN Indera Mahkota dan KRT Pasdec itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Wanita Cabang, Farahida Fauzi yang juga merupakan Exco Wanita Pusat.
"Dalam ucapannya, beliau menyampaikan amanat ringkas yang menyentuh hati — mengajak komuniti untuk terus saling membantu dan memupuk nilai kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat," kata Wanita KEADILAN Indera Mahkota menerusi hantaran di laman Facebook.
Sebagai simbolik keprihatinan, bakul sumbangan telah disampaikan kepada beberapa penerima yang memerlukan.
"Program ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi sebagai medan penting untuk memperkukuh solidariti, menyebarkan kasih sayang dan mempererat hubungan sesama komuniti.
"Walaupun bantuan yang diberi mungkin sederhana, namun senyuman yang terukir di wajah para penerima memberi makna yang amat besar kepada seluruh pasukan penganjur," tambah kenyataan itu.









Comments