top of page

Wanita KEADILAN Hulu Selangor kukuh peranan pemangkin keharmonian

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 17
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Hulu Selangor agih bakul makananan kepada komuniti India menjelang Deepavali
Wanita KEADILAN Hulu Selangor agih bakul makananan kepada komuniti India menjelang Deepavali

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN terus memainkan peranan sebagai jambatan yang mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum melalui pelaksanaan pelbagai program kebajikan di peringkat akar umbi.


Pada Rabu, Wanita KEADILAN Hulu Selangor melaksanakan program penyerahan bakul makanan kepada komuniti India di kawasan berkenaan sempena sambutan Deepavali yang bakal diraikan tidak lama lagi.


"Penyerahan sumbangan ini sebahagian daripada usaha membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan, khususnya masyarakat India yang akan menyambut Deepavali tidak lama lagi.


"Program ini mencerminkan semangat keprihatinan dan nilai perpaduan yang diperjuangkan oleh KEADILAN," kata kenyataan mereka di Facebook.


Menerusi kenyataan itu, Wanita KEADILAN Hulu Selangor turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Transformasi Masyarakat India (MiTRa) atas sumbangan bakul makanan yang disalurkan.


Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Wanita KEADILAN Negeri Selangor, Salasiah Disa atas sokongan dan bimbingan berterusan.


"Semoga usaha ini terus mempererat hubungan antara masyarakat dan memperkukuh semangat perpaduan rakyat Malaysia menjelang perayaan Deepavali," ujar kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page