top of page

Wanita KEADILAN guna sistem ASAK perkasa pengurusan - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 23
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Meskipun berhadapan dengan ledakan arus teknologi ketika ini, sayap Wanita KEADILAN terus unggul dengan terus maju ke hadapan sekali gus menyesuaikan diri dengan gelombang baharu itu.


Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata, harus diakui tidak semua daripada ahli sayap parti itu mempunyai kepakaran dalam penggunaan teknologi.


"Kadang-kadang 10 kali bagi kata laluan pun kita boleh terlupa, tapi tak boleh (terus begitu) kerana rempuhan teknologi ini memerlukan kita bersama menguasai dengan jauh lebih cepat.


"Tetapi saya melihat Ketua Wanita Cabang serta barisan kepimpinan Wanita Cabang berjaya menguasai Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) dengan baik.


"Maka laporan-laporan mesyuarat Cabang dapat dikumpulkan dengan sangat baik, malah Mesyuarat Agung juga telah berjaya dilaksanakan dengan sangat baik hasil daripada komitmen anda semua," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar sempena Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN Ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Danga Bay, di Johor Bahru hari ini.


Untuk rekod, Sistem ASAK diperkenalkan oleh sayap wanita di bawah Fadhlina bagi memperkasakan pengurusan dan tadbir urus cabang wanita parti itu secara digital.


Sistem berkenaan merupakan sebuah laman rasmi tertutup yang dibangunkan bagi mengatasi isu-isu berbangkit antaranya penyelarasan pengurusan keahlian dan dokumentasi di peringkat negeri dan pusat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page