top of page

Wanita KEADILAN gesa jurulatih tampar kanak kanak didakwa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 3, 2023
  • 1 min read


Tindakan seorang jurulatih menampar dua pemain bola tampar wanita semasa kejohanan bawah 14 tahun pada 16 Dis tahun lepas dianggap sebagai eksploitasi terhadap kanak-kanak


Menurut Biro Guaman dan Undang-undang Wanita KEADILAN, serangan tersebut merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.


Oleh itu sayap wanita KEADILAN menggesa siasatan segera dilakukan ke atas insiden berkenaan.


"Dalam apa-apa ruang sekalipun, serta bagi memberi satu mesej yang jelas bahawa kekerasan dan penderaan fizikal bukanlah sesuatu yang normal dan tidak patut diamalkan oleh mana-mana pihak, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak di bawah umur yang sepatutnya mendapat sokongan dan perlindungan.


"Wanita KEADILAN juga menyeru agar mana-mana pemain yang pernah menghadapi situasi seperti ini tampil ke hadapan dan mendapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya.


"Jaminan perlindungan hendaklah diberikan kepada mangsa supaya isu seperti ini tidak menjadi satu isu yang ditutup atau digelapkan oleh mana-mana pihak," kata Wanita KEADILAN dalam satu kenyataan.


Terdahulu, kejadian itu sempat dirakam dalam video Persatuan Bola Tampar Malaysia ketika perlawanan antara pasukan Melaka dan Johor.

Tindakan individu itu dipercayai berikutan dua pemain berkenaan menyebabkan pasukan kehilangan satu mata dalam perlawanan sebelum panggilan masa tamat.


Video yang tular di media sosial itu kemudian membangkitkan kemarahan banyak pihak sehingga menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


Kedua-dua mereka kemudian berjanji akan memastikan siasatan terhadap perkara itu dijalankan.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page