
Oleh: Noraini Nordin
Sebagai langkah berterusan membantu mangsa banjir di beberapa negeri, Wanita KEADILAN Pusat telah menggerakkan usaha mengumpul barang-barang keperluan untuk disalurkan kepada mereka yang terlibat.
Gerak kerja berterusan itu bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir dan dilaksanakan secara aktif di kawasan yang ditimpa musibah.
Bagi memaksimumkan bantuan supaya stok bekalan sentiasa mencukupi Wanita KEADILAN mengambil iniasitif mengumpul barangan yang diperlukan.
Usaha pengumpulan barangan telah digerakkan sejak semalam, 31 Disember 2023 hingga 5 Januari 2025.
Pusat penempatan barangan tersebut dibuat di Kediaman Rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Jalan P10C, Presint 10, Putrajaya.
Meringankan kesukaran mangsa
Penyumbang-penyumbang yang ingin memberi sumbangan dan bersama-sama meringankan kesukaran hidup mangsa banjir adalah digalakkan berbuat demikian.
Berikut antara barangan diperlukan:-
Barangan bayi
1) Lampin pakai buang
2) Susu Bayi
3) Botol Susu
Pakaian Wanita
1) Baju
2) Tudung
3) Kain Batik
4) Seluar
5) Pad (tuala wanita)
6) Pakaian Dalam
7) Telekung dan Sejadah
Pakaian Lelaki
1) Kain Pelikat
2) Baju T
3) Seluar
Barangan Kesihatan
1) Test Kit Covid
2) Sabun mandi & basuh pakaian
3) Berus & ubat gigi
Barangan Tambahan
- Makanan dalam bungkusan dan sedia untuk dimakan
- Bakul makanan kering

Semua barangan yang dikumpul akan disimpan di pusat pengumpulan sebagai langkah serta-serta memberi bantuan jika bila-bila masa berlaku kejadian banjir.
Bagi tujuan tersebut, Team Wanita KEADILAN Pusat turut mempunyai pasukan sukarelawan sendiri untuk menghantar barang-barang yang diperlukan kepada mangsa banjir.
Sebarang maklumat mengenai usaha yang digerakkan oleh Wanita KEADILAN Pusat ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 012-806 9677 (Farzana) dan 013 308 4064 (Anuar).
Comments