top of page

Wanita KEADILAN gerak konvoi Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur esok



Oleh: Helmi Mohd Foad


Wanita KEADILAN Pusat akan mula menghantar sumbangan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pantai Timur pagi esok, katanya Ketuanya Fadhlina Sidek.


Beliau yang melepaskan konvoi misi bantuan itu dari Putrajaya hari ini berkata bantuan bernilai RM300,000 itu akan diedarkan kepada lebih 1,000 keluarga terjejas akibat bencana tersebut.


"Barangan keperluan ini telah dikumpulkan selama seminggu dan saya ucapkan terima kasih kepada Ketua-ketua Wanita KEADILAN, pertubuhan bukan kerajaan dan rakan-rakan penyumbang dalam mendukung inisiatif bantuan pasca banjir di tiga buah negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi itu di kediaman rasminya di Presint 10, Putrajaya hari ini.


Barangan keperluan tersebut membabitkan makanan seperti beras, makanan kering, pakaian, sejadah, telekung dan keperluan kebersihan diri.


Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Ahmad Azri Zainal Nor.


Fadhlina memeriksa dan menampal pelekat pada kotak barang bantuan yang akan dihantar esok

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata inisiatif yang diambil oleh sayap parti itu bertujuan untuk menjamin kesejahteraan rakyat yang terkesan akibat banjir.


"Harap misi ini akan dapat mencapai hasrat untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat. Doakan misi ini sampai dengan selamat," ujarnya.


Beliau menjelaskan seramai 50 penggerak utama akan melaksanakan misi tersebut dengan dibantu lebih 100 orang anggota parti di setiap negeri terlibat.


"Bantuan barangan keperluan tersebut akan diedarkan di pusat penerimaan di setiap negeri dengan diuruskan oleh ketua-ketua wanita Cabang masing-masing," katanya.


Kata Fadhlina, misi bantuan pasca banjir ini merupakan fasa pertama sebelum diteruskan dengan fasa kedua membabitkan bantuan bagi persiapan masuk ke sekolah.


"Banjir termenung banyak beri kesan kerana ia ambil masa lama, ada terkepung tidak dapat bantuan dan perlu masa untuk masuk sampaikan bantuan," katanya.

Jelas beliau setakat ini, proses pembersihan di sekolah-sekolah terjejas telah berjaya dilaksanakan dengan kebanyakanya terlibat dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan di Terengganu setakat ini tinggal lima hingga enam buah sekolah.


"Di Kelantan telah selesai dan sekolah beroperasi seperti biasa," katanya.

Banjir yang melanda Kelantan bulan lalu menyebabkan lebih 12,500 mangsa terjejas dengan 3,860 buah keluarga terpaksa berlindung 82 PPS melibatkan tujuh daerah.


Seramai 2,903 orang daripada 830 keluarga di Terengganu pula terpaksa ditempatkan di 54 PPS yang beroperasi di enam daerah manakala 700 mangsa terjejas akibat bencana itu di dua daerah di Pahang.


Sebelum ini laporan memetik Fadhlina berkata, secara keseluruhan sebanyak 157 institusi pendidikan terlibat dengan bencana banjir membabitkan 133 sekolah rendah, 23 sekolah menengah dan sebuah pusat Permata sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula sejak 11 November sehingga awal tahun ini.


Ia melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Sabah, Sarawak, Johor dan Perak.


Sebanyak 207 institusi pendidikan dijadikan PPS iaitu 173 sekolah rendah, 33 sekolah menengah dan sebuah kolej vokasional di 10 buah negeri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page