top of page

Wanita KEADILAN, calon PH Pasir Raja santuni warga emas terlantar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Junaidah (belakang) melawat seorang warga emas bersama calon PH  Fakharuddin (berbaju kameja krim)
Junaidah (belakang) melawat seorang warga emas bersama calon PH  Fakharuddin (berbaju kameja krim)

Program Ziarah Kasih diadakan di Felda Bukit Besar, Kota Tinggi bagi menyantuni seorang warga emas yang terlantar merupakan sebahagian daripada gerak kerja kempen Pilihan Raya Negeri Johor oleh pasukan KEADILAN yang menggabungkan khidmat kebajikan dan kemasyarakatan.


Program tersebut disertai Ketua Unit Kempen Lapangan Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) Sabah, Junaidah Makku @ Junn yang mewakili Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, bersama Exco Sabah, Datuk Jamawi Jaafar dan calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.35 Pasir Raja, Fakharuddin Moslim.


Mereka menziarahi Painah Mansor, seorang warga emas yang kini terlantar sakit dan telah kehilangan penglihatan untuk bertanya khabar serta mendoakan kesejahteraan beliau.


Selain menziarahi, Junaidah bersama seorang rakan yang berpengalaman dalam terapi urutan turut membantu memberikan khidmat asas penjagaan diri termasuk mengurut badan dan memotong kuku Painah bagi memberi keselesaan kepada beliau.


Menurut Junaidah yang juga Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sipitang, program seperti itu mencerminkan pendekatan kempen yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada sokongan politik, malah menitikberatkan nilai kemanusiaan dan kebajikan masyarakat.


"Kempen bukan sekadar mendapatkan sokongan rakyat, tetapi juga menjadi ruang untuk mendekati masyarakat, menyelami kesusahan mereka serta menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan. Inilah nilai kemanusiaan yang perlu terus diperkukuhkan," katanya.


Exco Wanita KEADILAN Pusat itu berharap program seumpama itu dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan golongan warga emas, pesakit terlantar dan individu yang memerlukan terus diberi perhatian.


Menurutnya, usaha menyantuni masyarakat secara berterusan mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, selain menyemai budaya prihatin dalam kalangan sukarelawan serta jentera kempen.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page