top of page

Wanita KEADILAN cabar Muhyiddin utamakan usul tidak percaya di Parlimen


Wanita KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengutamakan usul undi tidak percaya dalam sidang Parlimen akan datang.


Setiausaha Wanita KEADILAN, Nurin Aina berkata usul tersebut amat penting bagi memastikan sama ada beliau masih mempunyai majoriti atau sebaliknya, terutamanya selepas permohonan daruratnya ditolak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.


"Tindakan terdesak yang diambil oleh kabinet Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Muhyiddin untuk terus kekal berkuasa telah mengesahkan bahawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan strong, formidable and convincing daripada ahli-ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.


"Wanita KEADILAN mencabar Perdana Menteri memberi keutamaan kepada usul undi tidak percaya untuk dinaikkan sebagai usul pertama sebelum pembentangan bajet pada sesi parlimen yang bakal bersidang pada 2 November 2020 nanti.


"Ini sangat penting bagi membuktikan samada beliau benar-benar masih mempunyai majoriti atau tidak serta keabsahan yang tidak boleh diganggu gugat," katanya.


Nurin juga berpandangan Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan mempunyai perancangan yang jelas bagi mendepani isu Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara.


"Kestabilan kerajaan mesti dijamin melalui proses demokrasi parlimen. Hal ini supaya tidak memberi risiko terhadap Bajet 2021 yang kemungkinan gagal diluluskan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada majoriti. Ini dapat kita saksikan sendiri kegagalan saiz kabinet PN walaupun sangat besar tetapi tidak menterjemahkan kualiti dan peranan yang wajib dimainkan demi kepentingan rakyat.


"Kerajaan yang kuat amat diperlukan di kala negara mendepani cabaran pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi yang semakin membimbangkan.


"Statistik penularan wabak Covid-19 terkini hingga mengatasi 4 angka suatu yang mengerikan dan ini memerlukan 'political will' tahap tinggi Kerajaan untuk menangani. Ia tidak cukup dengan perutusan demi perutusan sedangkan petugas barisan hadapan KKM semakin kelelahan dan sumber semakin berkurangan," katanya.


Dalam pada itu, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) KEADILAN yang dipengerusikan Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh telah melengkapkan pelantikan semua ketua wanita di setiap negeri.


"Barisan ahli MPWP kini lengkap dengan pelantikan kesemua ketua wanita negeri-negeri selepas pelantikan Rubiah Onga sebagai Ketua Wanita Negeri Sabah.


"MPWP akan terus memberikan komitmen yang tinggi mengangkat suara rakyat, mendukung agenda reformasi dan memastikan penggubalan dasar baru yang dapat memberi solusi terhadap permasalahan rakyat," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page