top of page

Wanita KEADILAN bersoladiriti bersama keluarga Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN Pusat mengecam keras serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang berlaku di Putrajaya petang semalam.


Ketua Biro Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Norhayati Umor (gambar) berkata, serangan tersebut bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa seorang kanak-kanak, malah merupakan bentuk intimidasi melampau.


"Perbuatan ini bertentangan nilai kemanusiaan, undang-undang dan norma masyarakat bertamadun.


"Wanita KEADILAN menyatakan solidariti penuh kepada Yang Berhormat Rafizi, isteri dan seluruh keluarga beliau. Kami mendoakan agar anak beliau pulih sepenuhnya serta keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, Rafizi mengesahkan anaknya diheret dan disuntik dengan jarum suntikan oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang semalam.


Beliau berkata, dua lelaki yang menaiki motosikal itu mengekori kereta isterinya sebelum serangan berlaku dan percaya serangan itu dirancang lebih awal.


Sementara itu Norhayati menggesa siasatan menyeluruh dijalankan bagi memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan.


Dalam masa sama pihaknya menuntut motif sebenar serangan didedahkan bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang.


Beliau menerusi kenyataan sama turut mengingatkan bahawa perbezaan pandangan politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan ancaman, keganasan atau jenayah.


"Politik yang matang harus berasaskan hujah dan fakta, bukannya serangan fizikal atau ugutan," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page