
Wanita KEADILAN menempa sejarah apabila berjaya menaja 37 cabang baharu dalam masa 2 tahun selepas pengkhianatan Langkah Sheraton.
Hal itu dinyatakan oleh Setiausaha Wanita KEADILAN, Nurin Aina dalam ucapan pembukaan Kongres Wanita sebenar tadi.
Menurut beliau, biarpun Langkah Sheraton menghalang perkembangan Wanita KEADILAN namun di bawah pimpinan Ketua Wanita Fuziah Salleh pelbagai kejayaan manis berjaya dicapai.
"Tidak sampai 2 tahun (Fuziah) dalam KEADILAN banyak pencapaian yang dilakukannya.
"Tahun ini 155 wanita cabang berjaya melaksanakn mesyuarat tahunan. Wanita juga berjaya menaja 37 cabang. Kita yakin sedikit masa lagi kita akan berjaya melengkapkan 222 cabang wanita seluruh Malaysia," katanya dalam Kongres Wanita di IDCC, pagi ini.
Seterusnya, kata Nurin, Wanita KEADILAN akan terus mengegakkan perkara yang dinyatakan dalam perlembagaan parti bagi membela golongan tersebut, termasuk memastikan 30% pembuat keputusan dalam kalangan wanita dilaksanakan di semua peringkat pentadbiran.
"Dalam perlembagaan parti saya nyatakan perkara 5.1.4, iaitu mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, memastikan wanita bebas dari eksploitasi, menjamin wanita terlibat dalam pembuat keputusan, sekurang kurangnya 30% dan memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara
"Jelas dalam perlembagaan kita menyatakan perkara tersebut
"Fasa ini juga kita terjemahkan pada tahun ini, dengan Kongres Nasional esok kita pastikan 30% adalah pembahas wanita," katanya lagi.