top of page

Wanita KEADILAN beri amaran jauhi rasuah



Oleh: Noraini Nordin


Sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memerangi rasuah, Naib Ketua Wanita KEADILAN, Datin Faizah Ariffin memberi amaran untuk 'mencampak' mana-mana pemimpin wanita dalam parti itu yang terlibat dengan amalan rasuah.


Katanya, mana-mana pemimpin yang diangkat dan diberi jawatan selepas KEADILAN dan PH berjaya membentuk kerajaan, perlu menggalas amanah itu dengan jujur serta ikhlas dan menjauhkan diri daripada terbabit dengan rasuah.


"Menjauhi amalan rasuah bukan sahaja kerana ia amalan yang ditegah agama, tetapi juga sebagai tanda Wanita KEADILAN sentiasa bersama Perdana Menteri memerangi amalan terkutuk itu," tegasnya ketika berucap di penggulungan Kongres Wanita KEADILAN 2023, Sabtu lalu.


Di waktu yang sama, Datin Faizah juga mengingatkan, walaupun kini ada ramai rakan dalam kerajaan, tetapi jangan sesekali mengemis meminta itu dan ini daripada mereka.


Sebaliknya, kata beliau, Wanita KEADILAN hendaklah bijak dan mempunyai keupayaan mencipta sendiri peluang ekonomi yang sebenarnya banyak terbentang.


"Banyak peluang boleh dicipta melalui perniagaan dan bantuan juga, khususnya melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), sentiasa tersedia," ujarnya.


Dalam pada itu, Datin Faizah berkata, Wanita KEADILAN turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada UMNO kerana membantu mengangkat Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan.


Menurut beliau, disebabkan UMNO dan BN sedia memberi sokongan kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi PH itu maka beliau kini mampu membuktikan kemampuannya mentadbir negara.


"UMNO kini diakui menjadi parti paling akrab kepada KEADILAN melalui kerjasama dalam kerajaan, walhal telah bermusuhan selama lebih 20 tahun


"Daripada seteru utama, BN hari ini menjadi sahabat kita yang paling akrab dan kerana sokongan UMNOlah yang menjadi penyebab utama Anwar boleh diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.


"Terima kasih tak terhingga kepada UMNO, kalau bukan kerana UMNO dan BN, kepemimpinan Anwar tidak dapat dibuktikan untuk negara," kata Datin Faizah lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page