top of page

Wanita KEADILAN berhimpun tanda solidariti rakyat Palestin



Oleh: Abdullah Zaid


Terkesan dengan penindasan yang berlaku ke atas rakyat Palestin, Wanita KEADILAN Pusat hadir menyertai 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' sebagai tanda solidariti ke atas rakyat Gaza di hadapan kompleks Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur malam tadi.


Naib Ketua Wanita KEADILAN, Datin Faizah Ariffin (gambar, dua dari kanan) berkata, solidariti selama enam hari itu diharap memberikan mesej jelas berhubung pendirian Malaysia menggesa gencatan senjata segera diadakan di Gaza.


"Perancangan kita akan berkumpul selama enam hari di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi mendesak agar gencatan senjata dibuat segera.


"Ia juga akan memberi isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tidak kira bangsa ataupun agama sentiasa menyokong nasib rakyat Palestin," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, Pengarah Komunikasi Wanita Pusat, Noraini Nordin (gambar, kanan sekali) pula menyifatkan himpunan terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan politik itu diharap memberi tekanan kepada negara yang menyokong Israel untuk menetapkan pendirian menerima gencatan senjata.


"Saya sejujurnya, berasa amat marah dan kecewa kerana rakyat Palestin masih belum dibebaskan walaupun ‘hujan darah’ terus berlaku kepada mereka.


"Justeru, saya harap dunia dan negara yang menyokong penindasan ini dapat melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Gaza dan menyokong membebaskan Palestin," ujarnya.


Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) yang terdiri daripada 48 badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi politik termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengadakan bantahan dan berkhemah di hadapan Kedutaan AS selama enam hari bermula semalam hingga 31 Disember ini.


Penganjuran piket di bawah Sekretariat itu dilakukan bagi menolak tindakan Amerika Syarikat berulang kali menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpinan Agung PBB untuk mensabotaj usaha perdamaian di Gaza.


Menurut SSP, inisiatif itu turut mengadakan acara-acara solidariti selain bermalam di dalam khemah sehingga ambang tahun baharu.


Setakat malam tadi, kira-kira 100 orang peserta hadir bagi “mengepung” Kedutaan AS yang mula berarak Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page