top of page

Wanita KEADILAN bangkit dari pengkhianatan, tampil muka baharu lebih berwibawa


Wanita KEADILAN yang dikhianati oleh sebahagian pemimpin utamanya pada tahun lalu tidak musnah malah bangkit lebih berwibawa dengan pimpinan-pimpinan baharu.


Ketua Wanita Fuziah Salleh berkata, hikmah terbesar daripada pengkhianatan Langkah Sheraton dan pemisahan keluar pimpinan yang bermasalah itu ialah meninggalkan anggota parti yang istiqamah dalam perjuangan serta menyahkan golongan mementingkan diri sendiri.


"Ada hikmah di sebalik segalanya. Wanita yang tinggal pada hari ini adalah merupakan yang ikhlas berjuang tanpa kepentingan diri. Wanita yang istiqamah dengan prinsip dan kekal tabah menghadapi ujian.


"Sudah tiada lagi yang mengejar projek dan keuntungan diri semata. Mereka semua sudah pergi, menghilangkan diri. Syukur Alhamdulillah kita yang tinggal berpegang kepada obor perjuangan parti.


"Ini telah terbukti apabila kita berjaya menaja semula semua cabang-cabang yang lumpuh akibat pengkhianatan. Hari ini kesemua

cabang tersebut telah bergerak seperti biasa, malah lebih meriah daripada dulu, dengan penambahan ahli dan ranting berlipat kali ganda.


"Kini Jumlah keanggotaan Parti Keadilan Rakyat mencecah 1,034,093 orang, di mana jumlah anggota Wanita ialah 408,038 orang manakala jumlah anggota AMK pula ialah seramai 229,006 orang.


"Ini petanda parti kita bukan saja masih relevan dan masih mendapat tempat di hati rakyat malah ianya bukti bahawa parti kita

punyai masa depan, di mana satu pertiga dari keahlian ialah anak-anak muda," katanya dalam Ucapan Dasar Ketua Wanita KEADILAN, pagi tadi.


Fuziah juga gembira kerana parti yang ditinggalkan para pengkhianat itu tidak lagi terbelah dua antara Team Kartel atau Team Rafizi. Katanya, kesemua yang tetap tinggal dalam parti ialah team Wanita KEADILAN.


"Oleh itu, Misi dan Visi Wanita KEADILAN perlu diperteguh dan diselaraskan semula dengan prinsip perjuangan parti, apatah lagi apabila kita sebahagian dari organisasi politik yang pernah menguasai Kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan termasuklah yang masih di bawah kita kini iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.


"Wanita dari pelbagai latar belakang dan kerenah perlu punya satu azam dan cita-cita, iaitu mahu melihat negara yang lebih baik.


"Oleh yang demikian, perkara pertama yang saya melaksanakan (selepas mengambilalih tampuk pimpinan) ialah penstrukturan semula organisasi Wanita KEADILAN sedia ada dengan cara membawa wajah-wajah pemimpin baru dan segar, untuk mengukuhkan kembali organisasi supaya menjadi lebih berfungsi dan bertindak berpandukan matlamat.


"Program demi program, aktiviti demi aktiviti, latihan demi latihan dilaksanakan untuk membina bukan sahaja kepimpinan di semua peringkat sehingga ke cabang-cabang, bahkan juga kita telah membawa bersama dan menerima sokongan wanita-wanita yang simpatisan di luar

sana, yang boleh turut serta mahu memahami intipati perjuangan ini," katanya.


Selain itu, Ahli Parlimen Kuantan tersebut memuji kewujudan aplikasi “Kawan Komuniti” sempena Hari Wanita Sedunia pada Mac lalu yang mampu membantu wanita menghadapi kekerasan serta perlecehan gender.


Ke hadapan, katanya, Kawan Komuniti seharusnya ditubuhkan di lebih banyak kawasan malah satu kelompok komuniti di setiap kawasan Parlimen dan cabang KEADILAN akan mengawasi dan menyumbang kepada komuniti di sekeliling mereka.


"Kita mahu kelompok-kelompok ini peka kepada persekitaran. Kita mahu mereka mengambil kira, menjaga persekitaran mereka supaya

tidak ada anak-anak yang terbiar, supaya tidak ada anak-anak yang didera, supaya tidak ada keluarga yang tidak makan. Inilah konsep

“Communiti Alert” yang kita mahu bangunkan di setiap kawasan Parlimen.


"Kita juga pergi selangkah kehadapan dengan membina aplikasi yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar menggunakan sistem android ataupun IOS.


"Aplikasi ini membolehkan sesiapa pun dari anggota komuniti membuat sebarang aduan tentang perkara-perkara yang mengancam

keselamatan tetangga sama ada dicurigai atau sesuatu yang benar-benar berlaku.


"Mudah-mudahan program Kawan Komuniti ini akan dapat membantu masyarakat dengan meningkatkan kewaspadaan mereka sebagai “the

caring society” dalam mewujudkan komuniti yang marhamah dan ekosistem yang lebih selamat untuk semua," katanya lagi.


Selain itu, Fuziah menyentuh mengenai pergerakan Srikandi KEADILAN yang menjadi pewaris perjuangan masa hadapan


Katanya, Srikandi KEADILAN sudah separa berjaya dalam mencapai sasaran dari segi jumlah. Masanya telah tiba untuk menumpu kepada pengisian dan menyiapkan ahli dengan ilmu serta serta persiapan berjuang demi negara pula.

0 comments

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page