Wanita KEADILAN anjur Majlis Doa Perdana untuk sukarelawan GSF
- Suara Keadilan

- Oct 4
- 1 min read

Wanita KEADILAN menganjurkan Majlis Doa Perdana bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini ditahan rejim Zionis Israel.
Menerusi satu perkongsian di Facebook rasminya, Wanita KEADILAN memaklumkan, majlis anjuran Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BIPPA) Wanita KEADILAN, Farahida Fauzi itu diadakan secara hibrid pada malam Khamis.
"Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Qunut Nazilah dan Surah Yassin.
"Acara ini menjadi manifestasi kesatuan hati dalam perjuangan membebaskan Palestin, selain mengecam tindakan zalim rejim Zionis terhadap aktivis GSF," menurut hantaran itu.
Selain barisan Exco Wanita KEADILAN dan wakil negeri, acara turut disertai Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek bersama timbalannya, Juwairiya Zulkifli yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha solidariti ini.
"Doa dan kebersamaan semua menjadi tanda kasih serta sokongan padu buat aktivis dan sukarelawan kemanusiaan yang berjuang untuk rakyat Palestin.
"Semoga Allah SWT menerima doa-doa kita, mengangkat penderitaan saudara-saudara kita, serta memberikan kekuatan dan kemenangan kepada mereka di barisan hadapan perjuangan," ujar Wanita KEADILAN.









Comments