top of page

Wanita KEADILAN anjur bacaan Yassin rai setahun pemerintahan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 24, 2023
1 min read


Wanita KEADILAN menganjurkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.


Majlis kesyukuran itu juga bersekali dengan doa selamat ke atas Kongres Nasional KEADILAN yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 26 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.


Majlis itu diadakan di kediaman rasmi Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek di Putrajaya.

Anak yatim dijemput ke majlis kenduri kesyukuran

Bacaan Yasin dan doa selamat itu disempurnakan selepas solat Jumaat membabitkan lebih 150 jemaah.


Jemaah mengalunkan selawat yang diketuai wakil daripada rumah anak yatim Asnaf As-Solihin.


Sabtu ini, Kongres Nasional KEADILAN yang bertemakan 'Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI' akan dimulakan dengan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Nasional Wanita pada 8 pagi.


Seterusnya, ucapan dasar oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan bermula pada 9 malam dan Kongres Nasional pada Ahad 26 Nov 2023.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page