top of page

Wanita KEADILAN Alor Gajah semarakkan kemerdekaan, pupuk patriotisme

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read
Datuk Ginie Lim (dua dari kanan) meraikan program bersama pemimpin wanita Alor Gajah
Datuk Ginie Lim (dua dari kanan) meraikan program bersama pemimpin wanita Alor Gajah

Suasana penuh meriah sempena Program Semarak Merdeka dan Hari Keluarga Wanita Alor Gajah telah berlangsung pada petang Ahad, 7 Sept lalu bersama masyarakat setempat di kawasan Machap Umboo, Melaka.


Menurut kenyataan Wanita KEADILAN Alor Gajah, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk Pertandingan Mewarna kanak-kanak, melukis dan menghias Kolam, serta Henna bertema kebangsaan, yang berjaya menarik penyertaan keluarga dan masyarakat dalam suasana kegembiraan dan semangat kemerdekaan.


"Program ini bukan sahaja mempamerkan semangat patriotisme yang membara di kalangan kanak-kanak dan dewasa, tetapi juga menjadi simbol keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.


"Ia adalah bukti nyata bahawa nilai kebersamaan dapat dipupuk dan diperkukuhkan dalam kalangan kita," ujar kenyataan itu.


Selain aktiviti berbentuk kekeluargaan, pihak penganjur turut mengedarkan bendera tangan kepada setiap tetamu yang hadir, diiringi nyanyian lagu Jalur Gemilang secara beramai-ramai sebagai tanda kecintaan terhadap negara.

Masyarakat setempat yang hadir disajikan dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga
Masyarakat setempat yang hadir disajikan dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga

"Terima kasih kepada semua tetamu, peserta, penyumbang, khususnya Datuk Ginie Lim, Persatuan Tindak Komuniti, Ketua Wanita Negeri Melaka Puan Mahani, serta rakan-rakan ranting Machap Umboo yang bekerjasama bagi melancarkan program ini," tambah kenyataan itu lagi.


Turut bersama dalam program tersebut ialah anggota Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN yang juga Ketua Penerangan Wanita Pusat, Datuk Ginie Lim; Ketua Wanita Cabang Pn Rosita selaku Naib Ketua Wanita Negeri Melaka, Timbalan Ketua Cabang, Badrul, Naib Ketua Cabang sdr Samivel, Pn Nieda Setiausaha Wanita KEADILAN Melaka, Pn Siti; Ketua Penerangan Wanita Jasin, AJK Wanita Jasin, AJK Cabang Alor Gajah, AJK Wanita Cabang KEADILAN Alor Gajah, AMK Cabang Alor Gajah, dan masyarakat setempat dalam kawasan Machap Umboo.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page