top of page

Wanita harus dipacu ke arah elemen kepimpinan cemerlang - Saribanon



Perjuangan Wanita KEADILAN harus dipacu ke arah orientasi kepimpinan yang betul untuk menghasilkan gerak kerja yang mantap bagi menghadapi persaingaan sengit politik, sosio dan ekonomi semasa.


Calon Majlis Pimpinanan Wanita KEADILAN Pusat, Saribanon Saibon bertekad untuk memperkasakan perjuangan wanita terutama dalam keadaan politik yang berkecamuk ketika ini.


"Wanita harus memainkan peranan yang besar dalam kehidupan, ekonomi maupun kepimpinan.


"Wanita harus dipacu ke arah kebertanggungjawaban, amanah dan kosistensi yang teguh demi untuk mencapai aspirasi rakyat.


"Untuk mencapai aspirasi ini, ianya perlu dibentuk dengan orientasi yang betul dan elemen kepimpinan yang mantap," katanya.


Menyedari perlunya kepimpinan mengenengahkan suara akar umbi, Saribanon mengambil tanggungjawab untuk bertanding posisi Majlis Pimpinanan Wanita KEADILAN Pusat pada Pemilihan kali ini.


"Berbekalkan pengalaman dalam tadbir urus parti, Pihak Berkuasa Tempatan dan masyarakat, saya akan berusaha untuk membawa wanita ke arah yang lebih cemerlang, terbilang dan berketerampilan.


"Saya percaya saya tidak keseorangan mempunyai matlamat di atas. Sokongan dari semua amat saya harapkan dan hargai," katanya lagi.


Saribanon merupakan calon nombor 15 dalam senarai bertanding Majlis Pimpinanan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page