top of page

Wanita ganggu sultan: Pemuda AMANAH Perak kecam tohmahan perkauman ADUN PN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 22 minutes ago
  • 1 min read

ree

Pemuda AMANAH Negeri Perak mengecam tindakan ADUN Manjoi, Hafez Sabri, yang didakwa menyebarkan berita palsu berunsur perkauman berkaitan insiden cubaan seorang wanita menghampiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semasa sambutan Hari Kebangsaan 2025, semalam.


Menurut Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim (gambar), Hafez mendakwa wanita terbabit sebagai “berbangsa Cina”, sedangkan laporan rasmi pihak berkuasa mengesahkan individu berusia 41 tahun itu ialah warganegara berbangsa Melayu yang mengalami masalah mental serta memiliki rekod rawatan pakar.


"Lebih mendukacitakan, tohmahan tersebut bukan sahaja tular luas tetapi turut dipercayai masyarakat awam.


"Ini memperlihatkan betapa mudahnya sentimen kaum dijadikan bahan manipulasi untuk mencetuskan kebencian, lebih-lebih lagi pada hari semulia Hari Kebangsaan ketika seluruh rakyat sedang meraikan perpaduan dan kemerdekaan,” tegas Khairol.

ree

Khairol turut mempersoalkan tindakan seorang ADUN yang merupakan graduan Pengajian Islam kerana gagal menunjukkan teladan baik kepada rakyat.


"Sepatutnya beliau memainkan peranan mendidik rakyat dengan ilmu, bukan menanam kebencian dalam masyarakat majmuk negara ini," katanya.


Beliau menegaskan, tohmahan berasaskan kaum demi keuntungan politik sempit adalah tindakan jahat yang tidak boleh dimaafkan, malah membahayakan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


Dalam pada itu, Pemuda AMANAH Perak mendesak pihak berkuasa menyiasat penyebaran berita palsu tersebut serta pihak yang cuba menunggang isu berkenaan untuk tujuan perpecahan kaum.


"Malaysia tidak boleh terus dibiarkan terjerat dalam budaya fitnah perkauman. Rakyat Malaysia harus dipelihara daripada politik kebencian yang hanya mengundang kehancuran," tegas Khairol Najib lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page