top of page

Wanita Dijulang, Negara Gemilang: Reformasikan peranan, sumbangan wanita



Sesuai dengan Tema Hari Wanita Sedunia tahun ini “Wanita Dijulang, Negara Gemilang”, peranan wanita Malaysia perlu lebih diiktiraf dan masyarakat perlu menggalakkan mereka untuk mencapai cita-cita serta impian dalam apa jua bidang yang diceburi.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng, peranan itu perlu diakui untuk mengenang dan menghargai wanita yang telah berjasa serta berkorban untuk negara.


Katanya, wanita tidak cukup diiktiraf berdasarkan gelar ibu, isteri, anak, saudara, rakan, guru, pekerja, usahawan atau pemimpin, mereka juga terbukti pencetus kepada reformasi selari dengan peredaran zaman dan teknologi.


"Wanita adalah separuh daripada dunia dan tanpa wanita, dunia tidak akan lengkap harmoni malah ia mampu mencetuskan huru-hara akibat diskriminasi berterusan terhadap mereka, contohnya di beberapa negara benua Afrika.


"Seawal pembentukan tamadun dunia moden, peranan wanita jelas telah menyumbang dan mengubah lanskap perubahan dunia, perubatan dan teknologi moden. Tanpa Marie Curie tidak adanya X-Ray. Tanpa Florence Nighringale, tidak ada ketatasusilaan jururawat moden.


"Tanpa disedari, wanita sebenarnya telah bergerak ke hadapan menggapai impian, mencabar potensi diri mereka sendiri namun ada ketikanya tidak dihargai kerana tiada platform tertinggi buat mereka mempamer kemampuan yang mereka miliki," katanya dalam satu kenyataan.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan itu menekankan tokoh tokoh wanita tempatan juga telah memperlihatkan kekuatan mereka dalam melakukan perubahan politik dan sosial yang seharusnya peranan mereka lebih diingati oleh masyarakat dan sejarah.


"Figura seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Kak Wan, Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN dan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN (bekas MP Wangsa Maju) yang juga mentor saya, telah menjadi inspirasi kepada ramai ahli politik hari ini.


"Tidak dilupakan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dan seniwati tersohor Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail sebenarnya lebih awal mencorak inspirasi masyarakat dengan kejayaan segar diingati sehingga ke hari ini.


"Mungkin kedengaran agak klise namun Hari Wanita Sedunia 2024 ini pasti akan menjadi satu hari yang bermakna dan bersejarah bagi semua wanita di Malaysia dan di seluruh dunia," katanya.


Justeru itu, Andre Lai berharap seluruh masyarakat akan terus menjulang serta memberdayakan wanita dan akan dapat menjadikan negara lebih adil, gemilang dan sejahtera pada masa hadapan.


Paling penting, katanya, seluruh institusi sewajarnya mereformasikan peranan wanita agar bakat, kemampuan, inovasi dan sumbangan mereka bukan saja diiktiraf malah dikenang dunia sepanjang zaman.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page