top of page

Wanita didakwa mangsa rogol ahli politik PN akan saman PDRM


Selepas hampir 9 bulan membuat laporan polis dan tidak diketahui status siasatan kesnya, seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol kepada dua lelaki yang dikaitkan dengan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham akan memfailkan saman sivil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Menurut peguam wanita berkenaan Asheeq Ali Sethi Alivi, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana belum mendapat sebarang perkembangan siasatan berhubung kes berkenaan dari pihak polis.


Katanya, pihak beliau telah menghantar surat pertama untuk meminta makluman perkembangan kes pada 10 Jun lalu melalui e-mel dan tidak dibalas. Manakala semalam beliau menghantar sendiri surat kedua kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.


"Kini, sudah berbulan masih tiada maklum balas sehingga hari ini. Ia juga sudah terlalu lama dan kami tidak lagi boleh menunggu," katanya dipetik.


Tambah beliau tindakan saman akan difailkan sekiranya surat terbaharu itu tidak dijawab dalam masa tujuh hari


"Ini adalah kes rogol yang melibatkan nama-nama besar. Laporan juga telah dibuat tetapi kenapa mengambil masa yang terlalu panjang?” katanya.


Beliau turut membandingkan kes anak guamnya itu dengan kes lain sebelum ini.


"Laporan kes ADUN Tronoh diterima 9 Julai 2019 dan dituduh bulan seterusnya dan kes kedua membabitkan wakil rakyat parti Amanah tindakan diambil dengan kadar segera tetapi kenapa kes ini hampir sembilan bulan tidak ada perkembangan?” soalnya.


Untuk rekod, mangsa membuat laporan polis pertama pada 5 Disember tahun lalu mendakwa dua lelaki merogolnya, namun menarik balik laporan pada 8 Disember kerana mendakwa diugut.


Dia bagaimanapun berubah fikiran dan meminta siasatan dilakukan pada Januari.


Salah seorang yang didakwa merupakan pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional, makakala seorang lagi dikatakan rakan Hilman.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page