top of page

Wanita BN jangan jadikan isu kewarganegaraan kanak kanak manifesto PRU 15



Tindakan Wanita BN dalam Konvensyen Wanita BN semalam mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 14(1)(b) dan Seksyen 1(b) Bahagian II untuk perkataan 'bapa' dipanjangkan kepada ibu atau ditukar kepada 'ibu bapa' bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan kanak kanak yang berbapakan bukan warga Malaysia amat dikesalkan.


Menurut Ketua Biro Guaman dan Undang undang Wanita KEADILAN, Rabiatul Adawiyah Sulaiman, isu kanak kanak berbapa warga asing dan lahir diluar negara itu telah cukup lama diperjuangkan malah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini sebagai memihak kepada ibu.


Namun kerajaan BN - PN merayu keputusan berkenaan dan kini mahu menggunakan isu itu sebagai kata dua kepada keluarga kanak kanak tanpa kewarganegaraan untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


"Saya mempersoalkan dan menyelar tindakan Wanita BN yang mahu menunggu sehingga PRU 15 untuk mencadangkan pindaan ini sebagai sebahagian daripada manifesto BN.


"Tindakan ini seolah-olah tidak mengiktiraf beban yang sedang ditanggung oleh wanita-wanita Malaysia pada ketika ini yang masih bergelumang dalam kemelut perundangan bagi mendapatkan hak mereka dan anak-anak.


"Malah lebih mengecewakan cadangan ini disokong pula oleh Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri," katanya.


Bagi Rabiatul, cadangan pindaan Perlembagaan sebagai manifesto itu mencerminkan sikap Wanita BN dan Umno yang tidak mempunyai iltizam politik kuat untuk menghentikan diskriminasi gender terhadap wanita Malaysia.


Menurut beliau, isu tersebut boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya Wanita BN mendesak Perdana Menteri dari BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membincangkan bersama Pakatan Harapan untuk meminda Perlembagaan dalam sidang Parlimen sesi Oktober ini, sebagaimana beberapa undang undang yang berjaya dipinda secara bersama sebelum ini.


"Sekiranya Wanita BN mahu memperjuangkan hak wanita Malaysia saya cabar mereka mendesak Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 26 Oktober ini supaya membahaskan satu usul tergempar terkait isu kewarganegaraan.


"Wanita BN hendaklah berhenti mempolitikkan isu ini dan berhenti mencipta naratif salah, seolah-olah parti-parti Pembangkang tidak menyokong supaya pindaan Perlembagaan tersebut dibuat dengan cuba menjadikan ia sebagai salah satu manifesto BN," katanya lagi.


Justeru, Rabiatul berharap agar pindaan Perkara 14(1)(b) dan Seksyen 1(b) Bahagian II Perlembagaan Persekutuan ini diberi perhatian secepat mungkin oleh semua pihak, dan bukannya dijadikan modal politik semata-mata.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page