top of page

Wan Saiful didakwa tuduhan rasuah



Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini didakwa atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.


Bagaimanapun Ketua Penerangan Bersatu itu mengaku tidak berslaah dan minta dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di hadapan hakim Azura Alwi.


Wan Saiful dipetik laporan Malaysiakini didakwa bagi pertuduhan pertama meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek 'Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur' daripada kerajaan Malaysia secara pra kelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000.


Beliau juga didakwa menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Wan Saiful diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.


Selain Wan Saiful, seorang CEO sebuah syarikat yang dikenali sebagai Adam Radlan Adam Muhammad juga dijangka didakwa bersama pada pagi ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page