top of page

Wan Azizah: Platform sehenti mudahkan rakyat akses bantuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

DS Dr Wan Azizah (kanan) pada program Pusat Sehenti (OSC) Kesejahteraan Sosial
DS Dr Wan Azizah (kanan) pada program Pusat Sehenti (OSC) Kesejahteraan Sosial

Kebajikan penduduk sekitar Parlimen Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur terus diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif termasuk menerusi penganjuran Program Pusat Sehenti (OSC) Kesejahteraan Sosial.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, program yang menggabungkan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu platform itu memudahkan akses rakyat kepada bantuan, maklumat dan peluang peningkatan sosioekonomi.


"Melalui sinergi ini, kita dapat menyediakan bantuan dan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada golongan yang memerlukan," katanya dipetik.


Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen kawasan itu sebelumnya hadir merasmikan program bersama Hari Bersama Komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional.


Turut hadir Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Prof Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Nor Sam Alwi dan Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM Nik Shafiruddin Nik Shahar Shah.


Program diselaras Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) itu membabitkan 15 agensi awam dan swasta terlibat termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Transformasi Masyarakat India.


Selain kemudahan perkhidmatan di reruai pelbagai agensi, orang ramai turut berpeluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah menerusi Jualan Rahmah yang turut dianjurkan.

Program itu, turut menyaksikan penyerahan sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) kepada Kebun Komuniti Perumahan Awam Seri Sabah 3A dan Kebun Komuniti Persatuan Penduduk Sri Johor 4A yang juga penerima insentif Sejati MADANI, dan antara komuniti terawal menerima pensijilan myGAP di Wilayah Persekutuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page