top of page

Wan Azizah lancar buku Pesona Personaliti



Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan buku Pesona Personaliti: Seni Mengenal Diri dan Mengubah Peribadi.


Dalam ucapannya ketika pelancaran buku itu di Shah Alam pada Sabtu, Wan Azizah berkata, buku nukilan Muna ‘Izzah Fadzil itu yang berkonsepkan baca dan interaksi itu amat relevan dalam kehidupan masyarakat hari ini kerana membantu membina sikap positif dalam diri dan memupuk nilai murni dalam masyarakat.


Justeru kata bekas Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga itu mahu lebih banyak karya seperti itu dapat dihasilkan.


"Contoh ringkas dan praktikal yang disertakan dalam buku ini boleh dijadikan panduan mengikut kesesuaian konteks dan situasi pembaca.


"Kita juga memerlukan lebih banyak naskhah sebegini yang seharusnya mampu membawa pembaca memperbaiki diri ke arah yang lebih positif," katanya.


Beliau juga menyifatkan pelancaran buku Pesona Personaliti itu tepat pada masanya kerana fokus buku terbitan Karya Bestari itu menjurus kepada aspek yang berkait dengan wanita.


"Kita baru sahaja Hari Wanita pada 8 Mac lalu, dan aspek pembangunan dan pemerkasaan wanita adalah antara agenda utama negara.


"Saya yakin kita semua mempunyai hasrat dan tekad yang sama, supaya wanita-wanita di Malaysia sentiasa dilindungi, diperkasa dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara dengan sepenuhnya, dengan potensi mereka sepenuhnya," tambah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.


Sementara itu Wan Azizah turut mengajak mengajak masyarakat agar memainkan peranan yang aktif sebagai ejen perubahan dalam komuniti.


Peranan itu boleh dilaksana dengan menyebarkan maklumat dan kesedaran mengenai bantuan yang disediakan kerajaan, terutama yang membantu wanita.


"Sebagai contoh dalam bidang keusahawanan, pencarian kerja, bantuan psikososial dan bantuan nasihat undang-undang.


"Kita mahu pastikan supaya segenap lapisan masyarakat terutamanya wanita mendapat bantuan yang sewajarnya. Apa yang lebih penting adalah kesedaran ataupun kesediaan setiap individu untuk mendapatkan bantuan, lebih-lebih lagi dalam kes yang membabitkan keselamatan dan nyawa seperti keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian serta kesihatan mental," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page