top of page

Walau apapun keputusan, BN, GPS, GRS tetap sokong PMX

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 12, 2023
  • 1 min read


Walau apapun yang berlaku pada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) esok gabungan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap teguh dibelakang Perdana Menteri.


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dokongan tersebut tetap terus diberikan atas komitmen Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan ekonomi dan kestabilan politik terjamin.


"Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sokongan Premier Sarawak dan Sabah mengatakan apa keputusan esok (Pilihan Raya Negeri) mereka tetap terus menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (bermakna tiada perubahan kerajaan pusat).


"Tapi lebih stabil lagi kalau esok Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berjaya menawan Kedah," katanya.


Beliau berkata demikian di Ceramah Grand Finale di Sungai Petani Kedah malam tadi.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu turut mengingatkan agar jentera dan penyokong parti terus menzahirkan sokongan di peti undi esok.


Katanya, setiap kekalahan melibatkan calon PH-BN itu mesti diambil tanggungjawab oleh parti sahabat.


"Menangkan calon Perpaduan. Tngat calon BN kalah, Pakatan Harapan bertanggungjawab, calon PH kalah Barisan Nasional kena ambil tanggungjawab.


"Oleh itu, berganding bahu malam ini untuk berikan sokongan di pengundian esok," ujarnya.


Esok, Selain Kedah, pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah bakal membuang undi bagi memilih gabungan parti yang akan menerajui keenam negeri tersebut dalam lima tahun akan datang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page