top of page

Wakil Rakyat PH, PN Johor tolak pembangunan usir penduduk asal



Pakatan Harapan Johor bersama wakil Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan pembangunan yang dilakukan sekiranya menceroboh atau mengusir penduduk dari tapak kediaman mereka.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim iltizam itu dibuktikan semalam dengan kunjungan wakil-wakil rakyat PH dan PN ke kawasan yang akan dibangunkan namun didakwa penduduk tidak mengikut undang-undang sewajarnya.


"Tiga orang wakil rakyat terdiri daripada Datuk Che Zakaria, saya dan Liow Chai Tung hadir pagi ini di Taman Saujana Plentong untuk mendengar masalah yang dihadapi penduduk, berkenaan tanah tapak rumah mereka yang sedang diancam pengusiran dan perobohan dari pihak pemaju," kata Hassan.


Selain Hassan yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Liow Chai Tung merupakan Adun Johor Jaya dan Datuk Che Zakaria pula ADUN Permas yang mewakili Kerajaan Perikatan Nasional Johor.


Dalam lawatan itu wakil-wakil rakyat tersebut berjanji untuk mencari penyelesaian terbaik di antara pemaju, penduduk dan pihak Kerajaan Negeri.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page