top of page

Wakil Putrajaya bangkit isu perkasakan wanita

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 9, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Ketua Penerangan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Fasyarini Azahari menyeru penyertaan wanita perlu dipertingkatkan sebagai usaha mengukuhkan golongan berkenaan.


Katanya, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) peratus perwakilan wanita dalam Parlimen menurun daripada 14.9% pada 2021 kepada 13.5% pada 2022.


Jelasnya, dalam dunia pekerjaan kini penyertaan wanita masih lagi wujud jurang penyertaan tenaga buruh lelaki berbanding wanita tahun lalu.


"Oleh itu, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan untuk menggiatkan usaha lebih menyeluruh bagi memastikan wanita tidak terus ketinggalan dalam segala aspek, khususnya penyertaan bidang strategik di negara ini," katanya dalam Konvensyen Penerangan Pusat di Saujana Hotel, Subang Jaya, hari ini.


Tambahnya, dalam aspek sosial pula isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia masih lagi berada di tahap yang membimbangkan.


"Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes keganasan terhadap wanita di seluruh negara mencatatkan sebanyak 9,334 kes pada 2021 dan 8,580 kes pada 2022. Bagi tahun lalu iaitu sehingga Disember 2023, sebanyak 9,798 kes telah direkodkan," ujarnya.


Oleh itu, beliau amat menghargai tekad kerajaan menggubal Akta Anti Gangguan Seksual 2022 (Akta 840) bagi menangani kesalahan gangguan seksual selain meminta mangsa wanita tampil melaporkan kejadian gangguan seksual agar tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page