top of page

Wakil PM hadir Program Jom Sihat MADANI di HRC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 2, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Setiausaha Politik Perdana Menteri (PM) Datuk Azman Abidin (gambar, kanan sekali) hadir menyampaikan sijil penghargaan sempena Program Karnival Jom Sihat Madani di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) baru-baru ini.


Menerusi satu kenyataan, kehadiran beliau turut mewakili Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dr Wan Azizah Ismail bagi menghargai rakan strategik yang telah memberikan sokongan menjayakan program tersebut.


"Selain itu, Uncle Kentang turut menyampaikan sumbangan beliau kepada pihak hospital berupa Portable Hoist sebanyak tiga unit dan diikuti dengan penyerahan sumbangan berupa komputer riba daripada Encik Aloysious Roy Antony Paul Raj, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras bagi kegunaan kakitangan HRC untuk Program MPIS," kata kenyataan berkenaan.


Penganjuran program tersebut bertujuan mempromosi HRC dalam memberikan perkhimatan kepada masyarakat setempat.


"Diharapkan agar ianya dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang rawatan rehabilitasi dan kepentingan menjaga kesihatan dengan baik," ujarnya.


Untuk rekod, Hospital Rehabilitasi Cheras mula beroperasi pada 2012 diiktiraf sebagai pusat rujukan nasional bagi perkhidmatan perubatan rehabilitasi.


Setakat ini, terdapat enam rawatan disediakan antaranya Rehabilitasi Kecederaan Spinal, Rehabilitasi Neuorologi, Rehabilitasi Amputi dan Muskuloskeletal, Rehabilitasi Kecederaan Otak, Rehabilitasi Pediatrik dan Rehabilitasi Geriatrik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page