top of page

Wakil PH perlu ikut serta Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan



Wakil Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) perlu diikut sertakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi memastikan perlaksanaan program tersebut lebih lancar dan berkesan.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Imunisasi PH, gabungan itu akan menyokong usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dalam program berkenaan, di peringkat Kerajaan Negeri PH, Ahli-ahli Parlimen juga ADUN-ADUN yang akan memberi kerjasama serta sokongan kepada KKM dalam menjayakan program tersebut melangkaui perbezaan politik.


"Jawatankuasa Imunisasi PH telah pun mengkaji Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri. Jawatankuasa Imunisasi secara dasarnya mengalu-alukan perancangan kerajaan dalam melaksanakan program imunisasi ini.


"Kejayaan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah penting untuk memulihkan ekonomi, mengurangkan kejangkitan Covid-19 dan memulihkan kehidupan rakyat. Maka pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang harus menjadikan ia misi nasional terpenting, dan pantang gagal (failure is not an option).


"Pada masa yang sama, kami juga menyeru supaya wakil Ahli Parlimen PH juga dimasukkan dalam jawatankuasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk menunjukkan bahawa program imunisasi ini adalah suatu usaha yang bersifat "bipartisan" dan demi kepentingan negara," kata kenyataan berkenaan.


Menurut Jawatankuasa Imunisasi PH itu lagi, kaedah penerangan yang sesuai perlu dilaksanakan bagi menggerakkan seluruh rakyat menerima dengan baik imunisasi dan tidak ada pihak yang menolak suntikan akibat terpengaruh oleh kempen anti-vaksin.


"Penerangan yang efektif menjadi penentu kejayaan program imunisasi ini. Maka, kami menyeru kerajaan supaya menyediakan rancangan komunikasi yang komprehensif untuk menerangkan rancangan imunisasi kepada warganegara dan bukan warganegara. Komunikasi multi-modal, pelbagai medium, pelbagai bahasa yang agreasif perlu dilaksanakan.


"Program imunisasi kepada 80% rakyat dewasa Malaysia atau 66.7 juta dos bukan perkara yang mudah. Oleh sebab itu, PH menyeru kerajaan menyediakan pusat imunisasi yang secukupnya kepada semua warganegara dan bukan warganegara terutamanya di kawasan pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad; Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye; Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii; Ahli parlimen Lumut Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming; Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Mariah; Exco Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela dan Exco Kesihatan Negeri Sembilan Veerapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page