top of page

Wakil Majlis Kewangan Negara: 'Sanusi jangan cuba main api'

Updated: Apr 12, 2023



Dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa terdapat gerakan untuk memecatnya sebagai wakil negeri dalam Majlis Kewangan Negara disindir ADUN Suka Menanti sebagai tindakan 'bermain dengan api'.


Datuk Zamri Yusuf berkata, sangkaan buruk Sanusi yang tidak disertai bukti itu merupakan tindakan yang tidak sepatutnya berlaku kerana keanggotaan Majlis Kewangan Negara telah pun ditetapkan dalam Perkara 108(1) Perlembagaan Persekutuan dan kebiasaannya yang menjadi wakil adalah MB atau Ketua Menteri.


"Sanusi masih nak bermain dengan api, bimbang terbakar tangan nanti.


"Perlembagaan sangat jelas mengenai keanggotaan Majlis Kewangan Negara ini," kata Zamri.


Malah menurut beliau, dakwaan Sanusi itu akan menjadi polemik sama ada MB tersebut benar benar memahami Perlembagaan atau sebaliknya.


Lebih buruk lagi, kata Ketua Pembangkang DUN Kedah itu, dakwaan berkenaan juga mungkin menimbulkan persoalan apakah Sanusi kurang disenangi oleh Istana Kedah.


"Apakah Sanusi gagal untuk memahami bagaimana konkritnya Perlembagaan? Ataukah Sanusi sangsi dengan keadaan? Adakah Sanusi merasakan bahawa dia bukan lagi pilihan Tuanku Sultan?


"Cukuplah bermain dengan api selama ini," kata Zamri lagi.


Untuk rekod, wakil negeri dalam Majlis Kewangan Negara dilantik oleh sultan. Di bawah Perkara 108 Perlembagaan, Majlis Kewangan Negara bertanggungjawab memutuskan pembayaran Persekutuan kepada negeri. Majlis itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan ahlinya terdiri daripada "seorang wakil" dari setiap negeri.


Manakala Sanusi kelmarin mendakwa terdapat komplot melobi Sultan Kedah untuk menggugurkannya daripada majlis berkenan akibat daripada kritikan berterusannya terhadap Kerajaan Persekutuan.


0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page