top of page

Wajib undi Belanjawan: MoU PH - Kerajaan Persekutuan wujud syarat sama, PN tak bising?



Syarat mewajibkan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengundi menyokong usul Undi Percaya, Belanjawan dan seumpamanya dalam Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan dipolemikkan oleh PN kononnya negara menuju kediktatoran


Bagi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, sikap mempertikai PN itu amat pelik kerana syarat yang sama juga wujud dalam Memorandum Kerjasama (MoU) di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada September 2021 lalu.


Katanya PN harus mencabar MoU tersebut, membuat laporan polis atau mengisytiharkannya sebagai berunsur diktator kerana Ahli Parlimen PH ketika itu tiada pilihan lain dalam mengundi Belanjawan 2022.


Bagaimanapun, kata Fahmi, pada waktu itu PN berada dalam Kerajaan dan mereka mendapat keuntungan daripada MoU tersebut.


"Semalam mula lah siri serangan PN yang sering pertikai usaha Kerajaan Perpaduan Malaysia.


"Serangan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Mas Ermieyati.


"Kedua-duanya menabur hujah ‘diktator’ atau ‘tak sah’ terhadap memorandum persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Sedangkan pertikaian mereka ini adalah kemunafikan politik.


"Di mana laungan ‘diktator’ Mas Ermieyati bila PH menandatangani MoU dengan Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob? Klausa 3a MoU berkata PH mesti sokong Bajet 2022 - bermaksud Ahli-Ahli Parlimen PH tiada pilihan. Itu tak dikira diktator?" tanyanya.


Dalam hal kestabilan negara, kata Fahmi, PH lebih matang berpolitik kerana mengenepikan politik kepartian demi mengelakkan Malaysia terus terumbang ambing.


Fahmi juga secara khusus mempersoalkan Mas Ermieyati yang ketika itu menjawat timbalan menteri tetapi tidak mengkritik tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenakan syarat kepada PH.


"Waktu Mas Ermieyati jadi timbalan menteri, bab ini tak pula kamu pertikai? Atau kamu tak pertikai sebab kamu timbalan menteri waktu itu?


"Samalah juga dengan Tan Sri Muhyiddin.


"Sebenarnya MoU Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditandatangani pada 16 Disember 2022 adalah langkah yang tepat lagi bijak dan menunjukkan pimpinan faham apa yang mesti diusahakan demi mewujudkan kestabilan.


"Bezanya kali ini, PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah - GRS, Warisan, dan parti-parti yang menjunjung kasih ke atas titah nasihat DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia mahu perjanjian ini dibuat secara terbuka, dengan suci hati, dan di mana segala isi kandungannya boleh dibaca dan difahami rakyat," katanya.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan adalah cara terbaik untuk mewujudkan kestabilan pasca Parlimen tergantung, supaya kerajaan boleh fokus selesaikan masalah rakyat terutama dalam isu kos sara hidup serta memacu ekonomi untuk membangunkan Malaysia.


Justeru, beliau menyeru agar pembangkang move on dan ketepikan politik kepartian untuk sama sama menabur khidmat bakti kepada rakyat yang masih tertekan dengan suasana ekonomi dan kos kehidupan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page