top of page

Wajib ambil vaksin Covid 19 dos ketiga palsu



Berita tular di media sosial kononnya rakyat diwajibkan mengambil vaksin Covid 19 dos ketiga atau sebagainya adalah palsu.


Sebaran maklumat Kementerian Komunikasi melalui program Biar Betul mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa hantaran di media sosial kononnya kerajaan mahu mewajibkan pengambilan vaksin Covid berikutan kes yang ketika ini meningkat adalah tidak benar sama sekali.


"Semakan Biar Betul mendapati perkara yang tular itu adalah palsu. Perkara itu turut dinafikan Menteri Kesihatan.


"Tegas beliau (Menteri Kesihatan) tiada arahan pengambilan itu diwajibkan," kata siaran berkenaan.


Kelmarin Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad berkata dos ketiga atau seterusnya hanya disarankan kepada golongan rentan yang terdedah kepada akibat buruk jangkitan Covid 19 seperti yang menghidapi penyakit kronik dan bukannya untuk seluruh rakyat Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page