Wajarkah menteri guna Vellfire waktu rakyat menderita?



Belanjawan 2022 dinobatkan oleh media arus perdana sebagai bantuan paling hebat dalam sejarah Malaysia kepada rakyat jelata apabila golongan belia menikmati pemberian ewallet RM150 manakala penjawat awam mendapat bantuan tunai RM700.


Bagaimanapun, menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syukri Razab, sebaliknya sisi kelam kerajaan Perikatan Nasional yang tidak diketahui rakyat adalah para Menteri mendapat 'bantuan' yang jauh lebih besar.


Katanya, mereka diberi kenderaan mewah Vellfire yang menelan kos sewaan dan senggaraan jutaan ringgit.


"Ternyata bantuan-bantuan kecil yang diumum hanya untuk mengaburi mata terhadap kemewahan yang diterima oleh para Menteri.


"Kami amat terkejut apabila dimaklumkan kerajaan telah menukar kenderaan rasmi Menteri daripada Proton Perdana 2.4 kepada Toyota Vellfire 2.5 sejak April 2021.


"Kenderaan ini menelan kos pajakan sebanyak RM5,759.35 sebulan melibatkan kos sewa bulanan sebanyak RM4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan sebanyak RM907.74


"Sehingga September 2021 kenderaan ini telah membayar kos pajakan RM1.42 juta kepada syarikat konsesi dalam tempoh hanya enam bulan," katanya.


Menurut Syukri lagi, Vellfire yang ditempah kerajaan itu malah melebihi jumlah menteri kabinet Pedana Menteri Ismail Sabri Yaakob, iaitu 41 buah, sedangkan yang berstatus menteri hanya 32 orang.


"Jadi siapakah yang menggunakan baki sembilan buah Vellfire? Adakah Duta Khas Bertaraf Menteri juga menikmati kemudahan sama?


"Ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah kewangan dan ramai kehilangan pekerjaan, perniagaan merosot serta gulung tikar, graduan menganggur dan pelbagai lagi masalah akibat pandemik Covid-19, sehingga ada yang membunuh diri, kerajaan tanpa rasa

malu atau bersalah menaik taraf kenderaan rasmi Menteri kepada Toyota Vellfire," katanya.


Beliau jelas kesal kerana sebelum ini kerajaan Perikatan Nasional sering memainkan presepsi bahawa keadaan kewangan negara merosot sehingga terpaksa meminjam ratusan bilion ringgit bagi berdepan Pandemik Covid-19.


Realitinya ditengah krisis, para Menteri terus bermewah walau hutang negara mencecah RM1.35trilion.


"Hutang kerajaan telah mencecah 65% KDNK dan malangnya Menteri hanya memikirkan 'tembolok' sendiri untuk hidup serba mewah ketika rakyat di bawah menderita sehingga terpaksa mengeluarkan wang simpanan hari tua bagi kelansungan hidup hari ini.


"Adakah rakyat masih ingin 'mengenyangkan' pemimpin Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, sedangkan rakyat di bawah masih menderita? Tepuk dada, pandanglah keluarga," sinis Syukri.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER