Wadah komunikasi perlu dirombak, berubah ikut zaman - Tian Chua
- Suara Keadilan

- 4 hours ago
- 1 min read

Wadah komunikasi kerajaan ketika ini disifatkan sudah ketinggalan zaman sehingga menyebabkan penyampaian maklumat tidak sampai secara menyeluruh kepada rakyat.
Mantan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua (gambar) menegaskan seiring dengan perkembangan semasa, tanggungjawab komunikasi tidak seharusnya dipikul sepenuhnya oleh Menteri Komunikasi atau ketua penerangan sehingga dilihat sebagai satu usaha berpusat.
Sebaliknya, beliau berpandangan kerajaan dan parti, khususnya KEADILAN perlu memobilisasi jentera, tenaga, serta kreativiti di pelbagai peringkat untuk menyalurkan mesej secara terus kepada akar umbi.
"Yang penting ialah bagaimana kita memanfaatkan kuasa, tenaga, dan kreativiti seluruh parti serta gerakan yang sehaluan dengan idea KEADILAN untuk menyampaikan mesej.
"Saya melihat ini sebagai kekurangan kita buat masa ini kerana masih bergantung kepada format lama yang berasaskan peranan Menteri Komunikasi.
"Ini bukan soal menyalahkan Menteri Komunikasi kerana beliau telah menjalankan tugasnya, tetapi pendekatan keseluruhan jentera komunikasi itu sendiri yang perlu dirombak," katanya dipetik.
Beliau menyatakan pandangan tersebut ketika menjadi tetamu dalam program The Tiger Show Podcast yang disiarkan baru-baru ini.




Comments