Visi ekonomi Islam perlu mendakap realiti, konteks sebenar
- Suara Keadilan
- Jun 14
- 1 min read

Visi ekonomi Islam di Malaysia perlu kepada pemahaman konteks sebenar ianya dilaksanakan di negara ini.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan, lingkungan itu perlu difokuskan dalam mana mana kajian berkaitan ekonomi Islam di negara ini.
Beliau berkata demikian usai menghadiri dan mendengar Ucaptama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) bertema "Islamic Finance and Humane Economics: Bridging the Gap for a More Equitable World” di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia anjuran INCEIF, baru baru ini.
"Saya perlu mengikuti rapat perkembangan ilmu dan industri agar sentiasa cakna dan tidak ketinggalan.
"INCEIF memfokuskan penyelidikan dan kajian penting meliputi 'Equitable Economy', 'Environmetal Sustainability', 'Monetary System and Policy Efficacy', juga 'Islamic Finance and Halal Economy'," katanya dalam muat naik di Facebook.
Dalam ucaptama itu, kata Dr Zulkifli, PM memulakan bicara mengenai visi ekonomi Islam dengan memetik beberapa nama besar seperti Nejatullah Siddiqi dan Muhammad Umar Chapra.
"PMX menyebut keperluan kepada pelaksanaannya (konsep ekonomi Islam) secara berhikmah dan memahami realiti dan konteks sebenar secara menyeluruh.
"Perkembangan dunia teknologi, Kecerdasan Buatan (AI), politik nasional dan geo-politik, termasuk isu korupsi dan governan perlu diberikan perhatian.
"PMX juga menyebut pesanan Almarhum Prof Ismail al-Faruqi kepadanya mengenai peri penting 'actualisation of ideas'.
Sudah pasti bukannya mudah tetapi ia perlu dilakukan sedayanya (al-Islah Mastata'tu)," kata Dr Zulkifli lagi.
Justeru, beliau berharap seminar seumpama itu dianjurkan lagi dalam meningkatkan pemahaman ekonomi Islam dalam kalangan rakyat.
Comments