Klip video memaparkan Presiden Umno Zahid Hamidi membariskan beberapa nama pemimpin BN yang berpotensi didakwa sekiranya BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 menyebabkan orang Umno menolak untuk terus diperbodohkan menyokong parti berkenaan.
Hal itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Sekijang, kelmarin.
Katanya, seorang penyokong tegar Umno memberitahu beliau ketika bersantai 'mengeteh' bersama rakyat, bahawa beliau tidak lagi akan menyokong Umno atau BN dalam PRU ke 15 kerana video aksi Zahid berkenaan.
"Bia saya mengeteh di kawasan saya, ada orang cakap, YB saya dulu penyokong kuat Umno tetapi bila saya tengok video Zahid baru baru ini, dia sendiri sebut dia kata PRU 15 adalah ibu segala pilihan raya.
"Kenapa, bukan sahaja saya akan masuk Tok Mat kamu dalam senarai menunggu, Tan Sri Vicky jangan senyum, Ka Siong mereka tak akan lupakan kamu.
"Penutupnya, kita kena pastikan menang dalam PRU 15 supaya kita dominan dan tidak disumbat ke dalam penjara.
"Jadi apa motif nak panggil PRU? Rakyat nilai. Dia (penyokong tegar) kata tidak akan sokong lagi. Kerana selama ini dia yakin walau Bossku dah masuk penjara, dia masih percaya ketika itu Umno pejuang. Tapi bila tengok video Zahid Hamidi dia tak payah komen apa pun. Dia sendiri terbuka pintu hidayah," katanya.
Pengarah Modal Insan KEADILAN itu berkata, cukuplah rakyat diperbodohkan sejak merdeka. Sebahagian mereka telah terbuka minda pada PRU 14 lalu dan pada kali ini seharusnya mereka lebih cerdik untuk menghukum pemimpin Umno yang masih mahu membodohkan rakyat di bawah.
Selain itu, Syed Ibrahim juga membantah keras PRU diadakan pada musim banjir dengan kawasan di Johor dan Kedah sudah mula dilanda banjir kilat yang menenggelamkan banyak rumah.
"Maknanya kita dalam musim tengkujuh. Bulan begini adalah bulan kita buat persediaan banjir. Itulah yang sepatutnya jadi keutamaan terutamanya kepada rakyat di bawah.
"Sebab itu dua hari lepas di kawsan saya, Ledang, kita telah lancarkan sukarelawan banjir. Kita harus buat persediaan kerana kita mementingkan rakyat. Kita melihat masalah dan pembelaan rakyat sebagai paling uatma waktu ini, bukan PRU 15
"Tetapi apa nak buat dah panggil PRU dan kita kena hadap PRU. Kita bersedia juga untuk PRU, sediakan jentera, trak, kelengkapan dan pelbagai untuk pastikan masa depan rakyat Malaysia itu tetap terbela," katanya lagi.
Comments