top of page

Video tular: MCMC panggil pengendali akaun media sosial



Oleh: Azuan Ab Rahman


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal merakam percakapan pengendali akaun MyNewsHub susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.


Suruhanjaya itu melalui satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius penularan video 1 minit 10 saat itu dengan tajuk "Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!".


Penularan video itu jelas MCMC dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.


"Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif," menurut kenyataan itu.


Terdahulu, JPA dalam kenyataan memaklumkan video tular itu merupakan rakaman lama

Video berkenaan antara lain mengandungi babak pertanyaan oleh pegawai awam kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengenai status permohonan kuarters kerajaan yang masih belum diluluskan, namun mereka dinafikan dan dihalang sekumpulan polis bantuan.


Sementara itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.


Merujuk kepada penularan video tersebut, MCMC berkata ia disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page