top of page

PDRM Perlu Hentikan Tekanan Terhadap Pemberi Maklumat - AMK

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Aug 10, 2020
  • 2 min read


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menghentikan tekanan terhadap individu bernama Asri Janggut, sebaliknya menyiasat dakwaannya mengenai isu premis judi dan rokok seludup.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir berkata tindakan sedemikian hanya akan menghakis kredibiliti pihak berkuasa.


"Ia juga akan mengurangkan keyakinan orang ramai untuk berkongsi maklumat kepada PDRM serta menghukum pemberi maklumat, sedangkan penjenayah sebenar masih bebas dengan kegiatan haram," katanya dalam kenyataan.


Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.


"Akta itu perlu dikaji semula dan ditambah baik termasuklah ruang perkongsian maklumat yang lebih terbuka dan telus serta melindungi pemberi maklumat daripada tindakan undang-undang akibat pendedahan maklumat yang diberikan.


"Pihak AMK juga bersedia menawarkan khidmat guaman kepada pengadu sekiranya berdepan dengan tindakan undang-undang," katanya.


Kenyataan itu dibuat selepas Asri Janggut memuatnaik video meminta pihak polis menyiasat isu premis judi dan penjualan rokok seludup yang berleluasa di Bandar Baru Sungai Buloh.


Namun, dakwaan Asri seolah-olah tidak diendahkan sebaliknya dia disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


AMK turut mencadangkan empat perkara yang wajar dilakukan oleh PDRM:


1.Segala perkongsian yang dibuat oleh 'Asri Janggut' sekiranya tidak dipersetujui maka boleh dijawab secara terbuka. Malah, pendedahan yang dibuat beliau hanyalah melalui Facebook sedangkan pihak berkuasa mempunyai akses kepada media massa.


2. Pengakuan beliau bahawa aduan mengenai premis judi haram dan rokok seludup pernah dibuat kepada PDRM tetapi maklumat pemberi maklumat bocor perlu disiasat dengan secara menyeluruh. Tindakan beliau berkongsi maklumat secara online dilihat jalan terakhir untuk mengetengahkan masalah untuk tindakan daripada pihak berwajib.


3. Daripada menghukum beliau, pihak PDRM sewajarnya memberi perlindungan kepada pengadu terutamanya beliau mengetahui bahawa pendedahan ini akan menggugat mereka yang terlibat dalam kegiatan haram.


4. Selain itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu memudah cara bagi dan mencari jalan untuk pengadu mendapatkan lesen dan tapak perniagaan yang sesuai.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page