top of page

Video juara ekspresi Merdeka negeri dipertanding peringkat kebangsaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 26
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Video yang muncul sebagai juara peringkat negeri dalam Program Ekspresi Merdeka bagi pertandingan video kreatif bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan yang dijadual berakhir pada 13 September depan.


Perkara itu dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.


Beliau berkata, tujuan pertandingan adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat di negara ini menzahirkan semangat kemerdekaan melalui medium kreatif.


''Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri (PMO) menganjurkan berkenaan.


''Pertandingan ini sedang berlangsung dan ia telah bermula 5 Jun yang lalu sehingga 8 Ogos 2025 bagi peringkat negeri,'' katanya.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menambah, maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi dan akaun media sosial Akademi Kenegaraan Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page