Video terbaharu melibatkan beberapa siswi menularkan kata kata fitnah ke atas Kerajaan Perpaduan merupakan satu lagi tindakan pembangkang untuk mengelirukan rakyat.
Tidak senang dengan perkembangan itu, Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu, Alias Ismail mahu kerajaan bertindak lebih tegas kepada pihak yang menyebarkan fitnah dan tidak terhad meminta pemfitnah memadamkan hantaran berkenaan.
"Kemunculan video fitnah terbaharu ke atas Kerajaan Perpaduan melibatkan tiga siswi propembangkang menunjukkan bahawa pihak berkenaan tidak pernah insaf dan langkah mengatasinya hanya boleh diambil melalui tindakan tegas.
"Memberi amaran dan meminta mereka memadamkan hantaran video itu semata-mata bukanlah langkah yang praktikal kerana mereka hanya diam seketika dan akan muncul dengan video yang lebih ekstrim.
"Pembangkang tidak akan serik memfitnah malahan menjadikan golongan terpelajar sebagai penyampai kandungan fitnah tersebut tanpa memikirkan kesan ke atas siswi berkenaan sekiranya diheret ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Alias, sekurang-kurangnya ada dua sebab utama yang memerlukan pihak berkuasa bertegas dalam isu fitnah. Pertama, membendung kegiatan fitnah daripada terus berleluasa agar negara terselamat daripada suasana tidak harmoni
Kedua, menyelamatkan modal insan terutama golongan terpelajar daripada terjerumus ke dalam kancah kebencian sesama kaum atau berlainan kaum.
"Kerajaan dan pihak berkuasa dalam kes penyebaran video fitnah begini perlu bertindak keras dan segera ke atas pemfitnah serta dalang kes itu tanpa ragu-ragu bermula sekarang," katanya lagi.
Bagi Alias, tidak perlu bersikap terlalu lunak kerana pembangkang tidak pernah menghargainya malah sering meracuni fikiran masyarakat tanpa ada perasaan bertanggungjawab.
Excellent work is being done by DSAI and team at a remarkable pace. I really cant see what their problem is except the desire to execute sabotage n instability and another coup. Firm action and penalty required here.
Action should be taken against all those who make false allegations