Veteran tentera tidak terbela di bawah kerajaan BN



Kerajaan telah meluluskan Akta Veteran 2012 atau Akta 740 bagi melindungi kebajikan anggota tentera.


Bagaimanapun, akta tersebut tidak memberi banyak perubahan kepada kebajikan veteran kerana tidak ada kesungguhan politik untuk melaksanakannya.


Menurut Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul (PH - Sungai Petani) perlu kesungguhan di pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan veteran agar menarik minat lebih banyak rakyat Malaysia menganggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


"Ianya (akta) tidak langsung bercakap tentang kebajikan bekas bekas angkatan tentera.


"Isu seperti tadbir urus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, bagaimana telah bertahun tahun lamanya lembaga ini tidak memberikan keuntungan maksima kepada anggotanya.


"Sepatutnya manfaat yang mereka dapat itu boleh dinikmati. Lembaga ATM itu sehingga kini tidak memainkan peranan semaksima sebagaimana diharapkan


"Begitu juga seperti diminta oleh Perintah Majlis ATM 1973 yang mana disebut bekas anggota boleh mendapat tapak rumah dan pertanian. Malangnya hingga kini pelaksanaan perintah ini tidak dilaksanakan secara tuntas kerana tanah di bawah kerajan negeri tetapi harus kita akui setiap anggota tentera bukan sahaja mempertahankan negara ini tetapi juga mereka menggadaikan nyawa mempertahankan negeri.


"Oleh itu akta ini perlu memasukkan kembali isu isu yang berkaitan dengan bekas ATM termasuklah pelarasan pencen," katanya dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, kelmarin.


Menurut Johari lagi, isu pencen telah sekian lama dipertikaikan oleh veteran yang berpencen sebelum 2012, yang mana kadar pencen mereka amat rendah.


Begitu juga, katanya, isu veteran yang tidak berpencen dan hidup susah.


"Kita maklum Akta Pencen 2012 telah diluluskan dan garis pemisah mereka yang dapat pencen sebelum 2012 dan selepas tamat berbeza jauh.


"Sebab itu kita cadangkan akta yang saya sebut dilihat kembali dengan memasukkan isu yang saya sebutkan. Termasuk di kalangan veteran yang tidak berpencen. Sampai masanya mereka ini diberikan imbuhan tertentu, khususnya mereka yang berada di dalam golongan B40.


"Saya ingin mencadangkan Perbadanan Hal Ehwal Bekas tentera (Perhebat) diperkemaskan kerana setiap anggota sebelum melangkah ke alam awam akan melalui satu kursus di Perhebat. Saya cadangkan kursus ini diperhebatkan betul betul supaya yang masuk ke awam ini diberikan pendedahan kursus profesional. Sebaik tamat kursus mereka diberi bantuan kewangan supaya boleh berjaya.


"Bekas tentera ini profesional dan memiliki kepakaran dan kita perlulah beri tools," katanya.


Selain itu, Johari juga mencadangkan persediaan yang lebih besar bagi rakyat Malaysia menghadapi isu isu keselamatan pada waktu akan datang.


Beliau memberi contoh serangan Rusia ke atas Ukraine yang menunjukkan betapa kerdilnya negara jiran itu menghadapi ketenteraan Rusia.


"Saya ingin mencadangkan kerajaan melihat kembali apakah persediaan kita. Kita tidak boleh bergantung harap kepada personel aktif. Kita hanya ada 110,000 anggota aktif dan 51,600 anggota simpanan.


"Selayaknya sebagai negara berdaulat kita perlu mempersiapkan. Sebab itu saya mencadangkan rakyat yang berumur 18 hingga 49 tahun di Malaysia ada 15 juta, kalau diberi latihan mereka ini boleh mempertahankan negara.


"Saya mencadangkan dikembalikan Akta PLKN dengan terus memberikan pendedahan kepada anak anak muda mengenai ketatanegaraan, jati diri dan ketenteraan. Banyak jiran terus mengekalkan latihan khidmat negara dan mereka meletakkan syarat utama siapa yang mengikuti kursus ini dengan memikul 100% disiplin .


"Kerajaan harus memastikan negara kita siap siaga tetapi rakyat juga perlu ada kepakaran mempertahankan diri," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER