top of page

Vaksinasi di Kelantan masih rendah, kerajaan negeri hanya sibuk berpolitik


Ketua AMK Kelantan, Hafiz Kasasi menyifatkan kerajaan negeri Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.


Ini kerana, katanya, kadar pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Negeri Kelantan mencatatkan 65.2 peratus dan merupakan negeri terendah selepas Sabah, manakala hanya 24.9 peratus telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.


"Ini sekaligus mendedahkan kelemahan kerajaan Kelantan dalam mengurus negeri apatah lagi soal kesihatan dan keselamatan rakyat ketika pandemik.


"Kerajaan Kelantan hari ini lebih sibuk berpolitik berbanding berusaha untuk menggerakkan program imunisasi ke pelusuk kawasan Kelantan.


"Sarawak merupakan negeri yang luas dengan keadaan kawasan pedalaman yang sangat daif namun mampu menggerakkan program ini. Setakat ini 88.3 peratus penduduk Sarawak telah mendaftar sebagai penerima vaksin manakala 61.6% telah menerima suntikan dos pertama.


"Dengan kejayaan negeri Sarawak ini tiada alasan untuk kegagalan kerajaan Kelantan melainkan sikap kerajaan yang tidak mempedulikan nasib rakyat Kelantan," katanya.


Justeru, dengan penularan varian Delta, Hafiz menggesa kerajaan negeri supaya memperhebatkan proses pendaftaran.


"Peningkatan mendadak kes harian Kelantan juga amat membimbangkan. Sejak 10 hari lepas Kelantan mencatatkan 244% peningkatan kes harian iaitu 266 kes pada 25 Julai dan 915 kes pada hari semalam (3 Ogos).


"Saya menggesa kerajaan Kelantan agar lebih proaktif dalam menggerakkan pendaftaran Program Imunisasi Covid-19. Selain itu kerajaan Kelantan perlu meningkatkan bekalan vaksin apatah lagi kerajaan Kelantan bukanlah pembangkang di peringkat persekutuan.


"Kelantan terkesan teruk dari segi ekonomi dan kelemahan kerajaan Kelantan hanya melambatkan lagi peralihan fasa pemulihan dan sudah tentu ia akan merencatkan pelan pemulihan ekonomi negeri ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page